OMMO *my new style of OMG? LOL.

Cogan kata kat depan SMK Bongawan 2. ~Mun bakarih andangtah balurih, samua bulih.
Assalamualaikum, hari ni, berlalu macam biasa, semalam, tidur pukul 12, *main game sampai lewat malam, bangun pukul 10 pagi, then, tengok LOST TAPE channel 551, salah satu fevret aku.. Aku ni freak ke kalau tengok benda-benda macam tu? Boleh sesiapa tolong jawab untuk aku? Pastu, jemur kain, makan tengah hari, main game. Schedule aku hari-hari time cuti memang tak ada apa-apa yang menarik nak buat. Nak pergi panggung wayang, tak dapat. *Manalah ada cinema kat area Membakut
bosan! Duduk sorang-sorang kat rumah. Tak ada apa-apa nak buat, pergi sekolah pun, B-O-R-I-N-G. Sebab TERPAKSA menghadap muka budak perasan cantik, Miz Suck. Pastu, terpaksa hulurkan telinga aku untuk mendengar umpatan orang. Tak syoklah! Aku kira pergi sekolah ni dapat pahala, dussh, dapat pahala apa? Hari-hari duduk kat sekolah, kerja nak mengumpat orang, memfitnah orang je. Baik duduk kat rumah. Kan? Tapi kalau duduk kat rumah pun masalah juga, tak boleh nak bersosial! Aku ni ada masalah sikit. Nak kata mereng pun boleh. Kalau sehari tak bercakap, tak bercerita ngan kawan-kawan, tak sah! Kalau sehari tak bersosial, esoknya, pasti aku macam orang gila, tak berhenti-henti bercakap. Lepas tu, aku lupa pula apa yang aku cakap.

Heran bin Ajaib! #akunikenapenyakitamnesiake? Aku memang pelupa, gila! Otak aku ni tak berfungsi dengan betul dalam bab mengingat sebab tulah markah sejarah aku selalu rendah. Lagilah kalau bab nak menghafal surah-surah time KKQ. Aku memang tabik hormatlah kat kau ALONG, MAMAT, AYU, dan yang lain! Korang punya memory berapa GB hah? Dimana korang beli memory tu? Memory aku low je, 256 MB!! Bahaya!! Oooh MARABAHAYA! *teringat permainan idiom Mdm. Vivien.


My fav things! Fav things awak?
Tajuk entry ni memang nak kena penampar kan? Sebab langsung tak relevan dengan isi didalamnya.. Hehehehe. Saja-saja nak announce yang sekarang ni aku guna accent OMMO, trimas kepada Encik Domo kerana menginspirasikan OMMO.. Hahahaha.... *sebenarnya dah ramai guna OMG kat sekolah, sejak aku terledakkan perkataan tu kuat-kuat kat kantin sebab terkejut tahun lalu. Memang pakturut kan? LOL.

No comments: