Ohh My??

Assalamualaikum! Hello PEEPS!

You won't ever believe me!! 

Ini bukan sekadar dongengan saja. 


Setiap hari, lepas balik sekolah, iaitu pada jam 1.30 petang, memang dah jadi rutin harian aku untuk ke Library Pekan Membakut.. *tujuan bukan mahu belajar, mahu ber-aircond Hanya setengah jam aku kat sana, pukul 2 petang baliklah, bah aku. *bulan puasa bah ini, buat aku mahu balik lambat? yang aku tahu balik rumah, solat dan tidur.. Kadang-kadang kalau aku terlupa beritahu mama aku, aku telefonlah.. Tapi masalahnya, pelajar mana boleh bawa mobile phone ke sekolah, kan? *maklumlah, aku budak baik, kalau jadi budak nakal, nanti kena report bapak aku, habislah!! THE END OF MY LIFE (kata orang) Terpaksa guna public phone, tapi public phone kat sekolah aku tu, SIOT sikit.. Tak boleh nak bekerjasama dengan manusia dalam kesusahan.. Nak tak nak, terpaksalah aku pergi ke Kedai Baru, kat sana public phonenya OK! Pastu boleh buat panggilan percuma!!! Tapi tak semua jenis public phone boleh buat panggilan percuma, lagipun ikut nasiblah.. *Korang nak cuba tak? Press #,8,0,* serentak selepas dail nombor yang anda ingin hubungi, jangan lupa masukkan duit syiling! Bukan duit kertas ye!! 


Hal ini berlaku pada hari Khamis yang lalu,


Seperti yang diterangkan diatas, aku daillah number phone mama aku... THEN, aku suruh mama aku ambil kat LIBRARY macam biasa...


UNEXPECTED, (expect the unexpected!)


Baki duit syiling aku keluar ngan beberapa duit syiling lain, yang tidak terkira-kira banyaknya.


Ohh MY ????


Terkejut beruk aku! Nak ambil ke tak ni? Dengan ragu-ragu, aku tinggalkan jelah, dan ambil balik 20 sen aku, hasil pinjaman dari Jeannifer Wong. Maklumlah, bulan puasa ni, tak kena bagi duit poket.. Isskk, issk, issk... Sedih..


Tamatlah cerita aku yang membosankan ini...

No comments: