Tiap hari hujan.. (T_T)

Huh, hampir setiap hari hujan, lepas tu petang-petang nak dekat malam selalu black out. Punah harapan aku nak mandi dengan water heater.. Mahu tak mahu, terpaksalah nak mandi dengan air sejuk yang membuatkan aku menggigil sejuk hingga ke tulang belakang.. Ini bukan lagi digelar cool tapi COLD! Janganlah black out  lagi petang ni, kalau tak.. Mandi ngan air sejuk lagi.. Dahlah hujan, pastu kadang-kadang bila hujan memang kat Ulu Mambakut banjir, then, memang bekalan air terputus ataupun jadi kuning, nilah yang tak syok. Orang happy terus di-spoiled kan oleh air ni.. Tapi tak apalah, kan hujan tu rahmat, rahmat dari tuhan..

Oooh, akhirnya!! FOLIO P.J aku siap!! Setelah lepas deadline dia selama 2 bulan yang lalu.. Pada 1 Mac 2011.. Memang betul-betul nak kena aku ni oleh Cikgu Singa Jantan *bukan aku yang gelar dia.. Tapi, dia tu memang strict, so, kat kelas dia *waktu PJ, student macam aku pun mesti strict juga, kalau tak, ENDING dia tak akan seindah fairytale ataupun nightmare.. Teruklah kena kerjakan oleh Cikgu Singa Jantan. But, kadang-kadang dia baik jugalah, ikut mood dialah. Kalau semua datang awal memang mood dia OK. Tapi kalau ada pelajar datang lambat masuk kelas dia, CONFIRM, sepanjang kelas, terpaksalah menghadap dan menerima lampias kemarahan Cikgu Singa Jantan a.k.a Cikgu Anuar.. Huh, mid-term exam tak lama lagi, 11/05/2011. Terpaksalah aku menghadap buku je. And aku harap aku jadi straight As student, bukan sahaja dapat tempat pertama dalam kelas atau seluruh tingkatan.. Dalam awal bulan Mei and penghujung bulan April ni banyak sangat aktiviti, aku!! Sibuk memanjang je.. Pastu, esok ada pertandingan bola baling peringkat bahagian zon Selatan.. Harap-harap aku terpilih pergi peringkat negeri, then peringkat antarabangsa. *ada jugalah merit aku nanti sebab kerja aku mengumpul dimerit je.. Hehehehe. Huh, sekarang ni aku mengharap aku adalah sebijik ROBOT.. Kan senang, bagus juga, sebab aku tak tahu erti penat, tahu nak rosak je.. Then, kalau boleh, aku nak 48 jam sehari, *OK kot kalau aku pindah pergi planet Marikh? Tercapai jugak impian aku.. Hee..

My third DOODLE!!

No comments: